top of page
Doctor and Patient _edited_edited_edited

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HPV DAN KESANNYA

TENTANG HPV

HPV adalah singkatan dari Human Papillomavirus.

la adalah jangkitan biasa dalam kalangan individu yang aktif secara seksual dan boleh menjangkiti lelaki dan wanita. Virus HPV juga boleh berjangkit melalui sentuhan antara kulit di kawasan genital.

Setiap jenis vaksin memberikan perlindungan terhadap subjenis HPV yang berbeza.

Vaksinasi HPV melibatkan penerimaan vaksin yang direka untuk memberikan perlindungan terhadap pelbagai subjenis HPV. Vaksin merangsang sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi untuk melawan HPV. 

Jangkitan HPV biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala dan selalunya sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, jangkitan HPV yang berterusan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius.

Umur yang disyorkan untuk vaksin HPV di Malaysia adalah dari 9 hingga 45 tahun. Ia paling berkesan apabila diberikan sebelum individu memulakan hubungan seksual supaya pada masa individu tersebut aktif secara seksual, badan diperlengkapkan untuk mencegah jangkitan.

Pada masa ini, lebih daripada 200 subjenis HPV telah dikenalpasti.

Jangkitan HPV berisiko rendah boleh menyebabkan ketuat pada kulit manakala jangkitan HPV berisiko tinggi boleh berubah kepada kanser.

HPV menyebabkan kanser-kanser seperti kanser serviks, vulvar, faraj, zakar, dubur, nasofarinks, dan orofarinks.

Terdapat tiga jenis vaksin HPV yang tersedia di seluruh dunia, iaitu vaksin bivalen, quadrivalent dan nonavalent.

VAKSINASI HPV

Vaksinasi HPV boleh mengurangkan insiden kanser serviks sehingga 90%.

Vaksinasi HPV juga boleh melindungi daripada kanser faraj, vulva, zakar, tekak, dubur, nasofarinks, dan orofarinks yang disebabkan oleh HPV.

KANSER SERVIKS DI MALAYSIA

Di Malaysia, kanser serviks adalah kanser ke-3 paling kerap di kalangan wanita.

Kira-kira 40% kes kanser serviks didiagnosis lewat (peringkat 3 dan 4). Bagi mereka yang didiagnosis pada peringkat akhir, kadar kemandirian lima tahun mereka adalah serendah 23-32%.

95% daripada kes kanser serviks ini adalah disebabkan oleh jangkitan HPV.

Vaksinasi HPV berkesan dalam mencegah kanser serviks dan harus diberikan untuk melindungi anak perempuan kita.

RISALAH

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang HPV dan vaksin HPV, sila klik ruang di bawah untuk membaca risalah maklumat kami. 

Kenali HPV dan Vaksin HPV
bottom of page