NCSM - Sejak 1966
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, (NCSM), ialah Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan untuk orang yang terjejas oleh kanser dan orang awam.
Ditubuhkan pada tahun 1966, kami adalah badan amal yang dikecualikan cukai yang didaftarkan di bawah undang-undang Akta Pertubuhan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Dr S.K. Dharmalingam, pakar onkologi pertama Malaysia, dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Allahyarham YAB Tun Abdul Razak. NCSM kini berada di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah. Persatuan ini dibayai sepenuhnya melalui penglibatan dan sumbangan daripada orang ramai.