top of page
Students Walking Home.jpg

BUTIRAN KEMPEN

MELINDUNGI GADIS-GADIS KITA DARIPADA KANSER BERKAITAN HPV

TANPA MENINGGALKAN SESIAPAPUN

Program TANPA MENINGGALKAN SESIAPAPUN adalah program yang bertujuan untuk menyediakan vaksin HPV untuk kanak-kanak perempuan daripada komuniti kurang bernasib baik, luar bandar dan terdedah di seluruh Malaysia.


Program vaksinasi HPV ini bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memvaksin gadis-gadis yang berisiko dan kurang bernasib baik di Malaysia. Program vaksinasi HPV ini bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memberi vaksin kepada gadis-gadis yang kurang berkemampuan di Malaysia merentasi 162 daerah di 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia.

 

Tiga fokus program vaksinasi HPV ini adalah komunikasi kesihatan, intervensi perubahan tingkah laku kesihatan, dan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Pasukan klinik bergerak program komuniti NCSM, dikendalikan oleh pakar perubatan, pendidik kesihatan dan sukarelawan kesihatan, akan menyampaikan vaksin kepada komuniti yang memerlukan vaksin ini. Program pendidikan kesihatan akan dijalankan dengan kerjasama media dengan melibatkan perbualan bersemuka dengan orang ramai untuk menyokong inisiatif ini. Pusat panggilan yang dikendalikan oleh pakar perubatan, kaunselor dan ahli psikologi akan disediakan untuk menangani kebimbangan mengenai vaksin.

MISI KITA

Kami sedang berusaha untuk menghapuskan kanser ke-3 paling biasa yang menjejaskan wanita di Malaysia - Kanser serviks. la boleh dicegah dengan mudah melalui program vaksinasi HPV yang disasarkan kepada gadis-gadis.

Mari kita hentikan masalah pada akarnya. Sokongilah kempen kami untuk menoktahkan kanser serviks di Malaysia dengan memberi vaksin HPV kepada gadis-gadis yang kurang berkemampuan.

Lindungi mereka daripada kanser ke-3 paling biasa dalam kalangan wanita kalangan wanita di Malaysia.

LATAR BELAKANG

Sejak 2010, kerajaan Malaysia telah memberi vaksin kepada remaja perempuan berumur 13 tahun melalui Program Imunisasi HPV Kebangsaan. Bagaimanapun, program ini dihentikan kerana pandemik COVID-19. Ini menyebabkan sekurang-kurangnya 800,000 remaja perempuan berumur 13 tahun terlepas daripada mendapati vaksin HPV.

 

Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan.

 

Kami ingin melancarkan program vaksinasi ini dan kami memerlukan bantuan anda untuk membuat demikian. Melalui sumbangan anda, kami boleh memulakan program vaksinasi HPV dan melindungi generasi yang akan datang daripada kanser berkaitan HPV.

Vaksinasi melindungi mereka daripada beberapa kanser lain yang disebabkan oleh HPV sebanyak 90%.

man and woman holding each others hands_
Free HPV Campaign Logo_FINAL-01_edited.p

Sumbangan derma dan masa anda dapat membantu kami menoktahkan kanser serviks. Sertailah kami dalam melindungi gadis-gadis daripada kanser serviks dengan dengan menderma hari ini!

PENGGUNAAN DANA

75%

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SELURUH NEGARA

(PROGRAM KOMUNITI & PROGRAM VAKSINASI BERGERAK)

14%

KOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SELURUH NEGARA

6%

INTERVENSI PERUBAHAN TINGKAH LAKU KESIHATAN SEWAKTU INISIATIF VAKSINASI

5%

PENTADBIRAN TAHUNAN & KOS PENGURUSAN

bottom of page