IPOH: Lebih 70,000 wanita di Malaysia telah menerima vaksin human papillomavirus (HPV) sejak Februari tahun lalu, bertujuan mencegah kanser serviks.
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Profesor Madya Dr M. Murallitharan berkata jumlah ini memberangsangkan dan hasil kerja keras kakitangan NCSM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan Perak.